Mesyuarat Penyelarasan Bagi Pendaftaran, Semakan dan Kemaskini Pangkalan Data Utama (PADU) di Setiap Kawasan Dun

16 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Februari 2024, telah berlansung Mesyuarat Penyelarasan Bagi Pendaftaran, Semakan dan Kemaskini Pangkalan Data Utama (PADU) di Setiap Kawasan Dun. Mesyuarat ini berlangsung di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis bermula pada 09:00 pagi sehingga 01:00 petang. Mesyuarat ini bertujuan untuk penyelarasan bagi pendaftaran, semakan dan kemaskini Pangkalan Data Utama (PADU). Kepentingan mendaftar PADU adalah memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem ini.

Tujuan mesyuarat ini dijalankan bagi membincangkan halatuju kaunter bergerak PADU yang dibuka untuk memudahkan komuniti setempat membuat pendaftaran Pengkalan Data Utama (PADU) terutamanya warga emas. Dengan adanya program seperti ini, ia dapat mempromosikan dan memperkenalkan PEDi pada komuniti. Selain itu kakitangan PEDi juga berpeluang memberi penerangan mengenai aktivti PEDi dan program yang disediakan oleh PEDi kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali